Sunday, October 28, 2012

Kahwin? -Bab 1

The other day Ummi bagitau yang Abi sangat-sangatlah risau yang anak sulungnya ini tak kahwin sebelum graduate. Maka beliau dengan berkobar-kobar mencarikan jodoh buat anaknya ini. 

Betul. 

Tak tipu.

Alasan? Dia takmau anak dia posting jauh-jauh sampai ke bahagian Timur Malaysia tu. Bagi memperkukuhkan alasan beliau itu, Abi pun cakap dah la aku ni jenis yang kerap balik rumah. So nanti banyak duit habis. Not buying, my dear Abi. Haha.

Aku tahu mungkin Abi taknak berjauhan dengan anak dia. (Tapi Mak De cakap tiket RM27 je! Lagi murah dari tiket bas Butterworth-Kajang =3= )
Dan sejujurnya, aku belum bersedia untuk kahwin. Kalau nak harapkan aku cari calon sendiri, memang lambat sangat lagi la. Haha. Sebab tu lah Abi tengah dok bertungkus-lumus mencarikan calon suami kat aku.

Tapi kalau ada siapa-siapa yang Abi dan Ummi berkenan, aku tak kisah. Kalau lelaki tu sendiri jumpa parents aku lagi aku tak kisah. Baru manly! Ceh.. bajet je macam ada orang nak kat kita ni. Haha.
Mana-mana pun okay as long as my dearly beloved Ummi dan Abi happy. I'll do anything for them. ANYTHING. Because they are EVERYTHING for me.

Konklusi dia, kalau Abi nak Along kahwin cepat, Abi tolong la carikan ye. Kalau nak Along cari sendiri lambat lagi la jawabnya. Hihi.

0 comments: